Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الخُدْرِيّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ».
Daripada Abu Sa‘id, Sa‘d bin Malik bin Sinan al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”
رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندًاDarjatحسن
Huraian

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas tanpa melampaui batas.

Faedah
  1. Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.
  2. Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.
  3. Hadis ini merupakan asas hukum dalam mengharamkan segala bentuk kemudaratan, sama ada melalui percakapan, perbuatan, ataupun pengabaian.
  4. Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.
Rujukan

سنن الدارقطني (4/ 51) (3079). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص74). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص325). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص112).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Juristic and Usooli (Juristic Priciples) Rules

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com