Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Juristic and Usooli (Juristic Priciples) Rules

2 hadis

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ، مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللَّهُ، وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ».
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”
رواه الدارقطنيDarjatصحيح بشواهده
Huraian

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas dengan tanpa melampaui batas. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan ancaman bahawa sesiapa yang memudaratkan orang lain akan ditimpa kemudaratan dan sesiapa yang menyusahkan orang lain akan ditimpa kesusahan.

Faedah
  1. Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.
  2. Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.
  3. Pengharaman perbuatan memudaratkan dan menyakiti sama ada melalui perkataan, perbuatan atau dengan mengabaikan sesuatu kewajipan.
  4. Balasan adalah berdasarkan jenis perbuatan. Oleh itu, sesiapa yang memudaratkan orang lain maka Allah akan memudaratkannya dan sesiapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya.
  5. Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.
Rujukan

سنن الدارقطني (4/ 51) (3079). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص74). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص325). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص112).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الخُدْرِيّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ».
Daripada Abu Sa‘id, Sa‘d bin Malik bin Sinan al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”
رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندًاDarjatحسن
Huraian

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas tanpa melampaui batas.

Faedah
  1. Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.
  2. Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.
  3. Hadis ini merupakan asas hukum dalam mengharamkan segala bentuk kemudaratan, sama ada melalui percakapan, perbuatan, ataupun pengabaian.
  4. Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.
Rujukan

سنن الدارقطني (4/ 51) (3079). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص74). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص325). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص112).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com