عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ فَرَآهَا النَّاسُ آمَنُوا أَجْمَعُونَ، فَذَلِكَ حِينَ: {لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158] وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلاَنِ ثَوْبَهُمَا بَيْنَهُمَا فَلاَ يَتَبَايَعَانِهِ، وَلاَ يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلاَ يَطْعَمُهُ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَهُوَ يَلِيطُ حَوْضَهُ فَلاَ يَسْقِي فِيهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أَحَدُكُمْ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلاَ يَطْعَمُهَا».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman, maka pada waktu itulah: {Tidak lagi bermanfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu, atau (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya} [al-An'am: 158]. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika dua orang lelaki sedang membentangkan kain antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli dan tidak pula sempat melipatnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seorang lelaki pulang membawa susu untanya yang baru diperah, lalu dia tidak sempat meminumnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang memperbaiki kolam airnya, lalu dia tidak sempat memberi minum (ternakannya) daripadanya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku sedang salah seorang daripada kamu telah mengangkat suapan makanannya ke mulutnya, lalu dia tidak sempat memakannya».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa antara tanda-tanda kiamat utama ialah terbitnya matahari dari barat, bukannya dari timur, dan apabila manusia melihatnya, mereka semua beriman, Maka pada ketika itu, iman tidak memberi manfaat kepada orang kafir, begitu juga amalan soleh dan taubat. Kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa hari kiamat datang secara tiba-tiba; sehingga ia berlaku ketika manusia sedang sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan mereka; Maka berlakulah kiamat, sedangkan penjual dan pembeli telah membentangkan kain di antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli, dan tidak sempat melipatnya semula, Dan berlakulah kiamat, sedang seorang lelaki baru sahaja mengambil susu unta perahannya, lalu dia tidak sempat meminumnya, Kiamat terjadi ketika seorang lelaki sedang membaiki dan menampal takungan airnya, tetapi dia tidak sempat menggunakannya untuk memberi minum. Kiamat juga terjadi ketika mana seseorang telah mengangkat suapannya ke mulutnya untuk makan, lalu tidak sempat memakannya.
Faedah
- Islam dan taubat diterima selagi tidak terbit matahari dari barat.
- Galakan untuk bersiap sedia bagi menghadapi hari kiamat dengan iman dan amalan soleh; kerana kiamat datang secara tiba-tiba.
Rujukan
صحيح البخاري (8/ 106) (6506)، صحيح مسلم (1/ 137) (157)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (23/ 92).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُؤْتَى بِالْمَوْتِ كَهَيْئَةِ كَبْشٍ أَمْلَحَ، فَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ، فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ، فَيَقُولُ: هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، هَذَا المَوْتُ، وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ، ثُمَّ يُنَادِي: يَا أَهْلَ النَّارِ، فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ، فَيَقُولُ: وهَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، هَذَا المَوْتُ، وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ، فَيُذْبَحُ ثُمَّ يَقُولُ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ خُلُودٌ فَلاَ مَوْتَ، وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ فَلاَ مَوْتَ، ثُمَّ قَرَأَ: {وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ} [مريم: 39]، وَهَؤُلاَءِ فِي غَفْلَةٍ أَهْلُ الدُّنْيَا {وَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ} [مريم: 39]».
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: «Akan didatangkan kematian dalam rupa seekor kibas yang berwarna putih kehitaman, lalu seorang penyeru berseru: 'Wahai ahli Syurga,' maka mereka pun mendongak dan melihat. Lalu dia bertanya: 'Adakah kamu mengenalinya?' Mereka menjawab: 'Ya, inilah kematian,' dan mereka semua pernah melihatnya. Kemudian dia menyeru: 'Wahai ahli Neraka,' maka mereka pun mendongak dan melihat. Lalu dia bertanya: 'Dan adakah kamu mengenalinya?' Mereka menjawab: 'Ya, inilah kematian,' dan mereka semua pernah melihatnya. Lalu kibas itu disembelih, kemudian (penyeru) berkata: 'Wahai ahli syurga, (kini adalah) keabadian dan tiada lagi kematian. Wahai ahli neraka, (kini adalah) keabadian dan tiada lagi kematian.' Kemudian baginda membaca: {Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, iaitu ketika segala perkara telah diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian} [Maryam: 39], dan mereka yang lalai itu ialah ahli dunia {dan mereka tidak beriman} [Maryam: 39]».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa maut akan didatangkan pada hari kiamat, dalam rupa seekor kibas jantan yang berwarna putih dan hitam, Maka diserukan: 'Wahai ahli syurga!' Lalu mereka memanjangkan leher, mengangkat kepala dan memandang, Lalu dia mengucapkan kepada mereka: "Adakah kamu mengenali ini?" Maka mereka berkata: "Ya, inilah kematian, dan kesemua mereka telah melihatnya serta mengenalinya," Kemudian penyeru itu menyeru: "Wahai ahli neraka," lalu mereka memanjangkan leher dan tengkuk mereka, mengangkat kepala mereka, dan memandang, lalu baginda mengucapkan: "Adakah kamu sekalian mengenali ini?" Maka mereka berkata: "Ya, inilah kematian, dan kesemua mereka telah melihatnya;" “Maka ia disembelih, kemudian penyeru berseru: Wahai ahli syurga, kekal selama-lamanya, maka tiada lagi kematian. Dan wahai ahli neraka, kekal selama-lamanya, maka tiada lagi kematian.” Hal yang demikian adalah untuk menambahkan nikmat bagi orang-orang yang beriman, dan memperberat azab orang-orang kafir. Kemudian Nabi ﷺ membaca: Dan berilah amaran kepada mereka tentang hari penyesalan, ketika perkara itu telah selesai diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan mereka tidak beriman. Maka pada hari kiamat, akan dipisahkan antara ahli syurga dan ahli neraka, lalu masing-masing akan memasuki tempat kesudahannya untuk kekal di dalamnya, Maka akan menyesallah orang yang berbuat jahat kerana tidak berbuat baik, dan orang yang cuai kerana tidak menambah kebaikan.
Faedah
- Kesudahan manusia di akhirat ialah kehidupan yang kekal di syurga atau di neraka.
- Amaran keras tentang kedahsyatan hari kiamat dan bahawa ia adalah hari penyesalan dan kekesalan.
- Penjelasan tentang kekekalan kegembiraan ahli syurga, dan kekekalan kesedihan ahli neraka.
Rujukan
صحيح البخاري (6/ 93) (4730)، صحيح مسلم (4/ 2188) (2849)، التوضيح شرح الجامع الصحيح (22/595)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (19/ 52)، البحر المحيط الثجاج (43/686).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ، وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ، وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ} [آل عمران: 7]. قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللهُ، فَاحْذَرُوهُمْ».
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ membacakan ayat ini: “Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu, di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi al-Kitab dan yang lain (adalah) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecenderungan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya kerana hendak menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya, semuanya dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang berakal.” [Ali 'Imran: 7]. Dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Maka apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya, maka mereka itulah golongan yang Allah maksudkan, maka berwaspadalah terhadap mereka.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ membaca ayat ini: “Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran), sebahagian daripadanya ialah ayat-ayat yang muhkamat (jelas dan nyata maknanya), yang menjadi ibu (pokok) kepada isi al-Quran, dan sebahagian yang lain ialah ayat-ayat yang mutasyabihat (samar-samar atau mengandungi beberapa makna). Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya (yang salah). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya datang daripada Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”
Di dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu bahawa Dialah yang menurunkan al-Quran kepada Nabi-Nya. Sebahagian daripada al-Quran ialah ayat-ayat yang jelas petunjuknya, diketahui hukum-hukumnya tanpa sebarang kekeliruan; ia merupakan asas dan rujukan bagi al-Quran, serta menjadi rujukan ketika berlaku perselisihan. Sebahagian yang lain pula ialah ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna, yang maknanya menjadi kabur bagi sesetengah orang, atau mereka menyangka wujud percanggahan antara ayat-ayat tersebut dengan ayat yang lain.
Kemudian Allah menjelaskan cara manusia berinteraksi dengan ayat-ayat ini. Orang yang dalam hatinya ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran akan meninggalkan ayat-ayat yang muhkam (jelas), dan berpegang pada ayat-ayat yang mutasyabih (yang mengandungi pelbagai kemungkinan makna). Mereka berbuat demikian untuk mencetuskan syubhah dan menyesatkan manusia, dan untuk menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka.
Adapun orang yang mantap ilmunya, mereka mengetahui (hakikat) ayat-ayat mutasyabih ini, lalu merujukkannya kepada ayat-ayat yang muhkam. Mereka beriman kepadanya dan (yakin) bahawa semuanya datang daripada Allah SWT, serta tidak mungkin berlaku sebarang kekeliruan atau percanggahan. Namun, tiada yang dapat mengambil peringatan dan pengajaran daripadanya melainkan orang yang memiliki akal yang waras.
Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepada Ummul Mukminin Aisyah RA, bahawa jika beliau melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabih, maka merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam firman-Nya: "Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran." Baginda menambah: "Maka berhati-hatilah dengan mereka dan janganlah kamu mendengar mereka."
Faedah
- Al-Muhkam daripada ayat-ayat al-Quran: ialah apa yang jelas dalalahnya dan zahir maknanya, dan al-Mutasyabih: ialah apa yang mengandungi lebih daripada satu makna dan memerlukan penelitian dan kefahaman.
- Amaran daripada bergaul dengan golongan yang menyeleweng, ahli bidaah, dan mereka yang mencetuskan kekeliruan untuk menyesatkan manusia dan menimbulkan keraguan.
- Pada penutup ayat ini dengan firman Allah ﷻ: “Dan tiada yang mengambil peringatan melainkan Ulul Albab”, ia merupakan sindiran kepada orang yang menyeleweng, dan pujian kepada orang yang teguh. Yakni: Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran dan iktibar, serta mengikut hawa nafsunya, bukanlah daripada kalangan Ulul Albab.
- Mengikuti (perkara-perkara) mutasyabih menyebabkan penyimpangan hati.
- Kewajipan mengembalikan ayat-ayat mutasyabihah yang mungkin tidak difahami maknanya kepada ayat-ayat muhkamat.
- Allah SWT menjadikan sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya pula mutasyabih; sebagai ujian kepada manusia agar dapat dibezakan antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat.
- Kewujudan ayat-ayat mutashabih dalam al-Quran adalah untuk menzahirkan keutamaan para ulama berbanding yang lain, dan menyedarkan akal akan kekurangannya; agar ia tunduk menyerah diri kepada Penciptanya dan mengakui kelemahannya.
- Keutamaan kedalaman ilmu dan keperluan ketekunan padanya.
- Para mufassir (ahli tafsir) mempunyai dua pendapat tentang waqaf (berhenti) pada lafaz {Allah} dalam firman-Nya: { وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم }. Bagi yang berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah ilmu tentang hakikat dan inti pati sesuatu, iaitu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal seperti urusan roh dan hari kiamat, yang ilmunya hanya khusus bagi Allah. Adapun al-Rasikhun fi al-'Ilm (orang-orang yang mendalam ilmunya) beriman dengannya dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah, lalu mereka berserah diri dan selamat. Manakala bagi yang menyambung bacaan (wasal) tanpa berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah tafsir, pendedahan dan penjelasan. Maka Allah mengetahuinya, dan al-Rasikhun fi al-'Ilm juga mengetahuinya; lalu mereka beriman dengannya dan mengembalikannya kepada (ayat-ayat) yang muhkam.
Rujukan
صحيح البخاري (6/ 33) (4547)، صحيح مسلم (4/ 2053) (2665)، فتح الباري (8/211)، شرح النووي على مسلم (16/217)، النهاية في غريب الحديث والأثر (ص 407، 465)، فتح الودود في شرح سنن أبي داود (4/415)، تحفة الأبرار شرح مصابيح السنّة (1/129)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (41/ 559).
Hadis ini di HadeethEnc.com