Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

The rulings of mosques

1 hadis

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: «اللهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا، لَعَنَ اللهُ قَوْمًا اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala", Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid."
رواه أحمدDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ berdoa kepada Tuhannya agar tidak menjadikan kubur baginda seperti berhala yang disembah manusia dengan mengagungkannya dan menghadapnya ketika sujud. Kemudian, baginda ﷺ memberitahu bahawa Allah telah menjauhkan dan mengusir dari rahmat-Nya sesiapa yang menjadikan kubur para nabi sebagai masjid; kerana menjadikan kubur sebagai masjid adalah jalan yang membawa kepada penyembahannya dan kepercayaan terhadapnya.

Faedah
  1. Melampaui batas syarak pada kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh menyebabkannya disembah selain daripada Allah, maka wajiblah berhati-hati daripada jalan-jalan syirik.
  2. Tidak dibenarkan menjadikan kubur sebagai tujuan untuk diagungkan dan dijadikan tempat ibadah, walau bagaimana mulia sekalipun kedudukan penghuninya di sisi Allah Taala.
  3. Pengharaman Membina Masjid Di Atas Perkuburan.
  4. Pengharaman solat di kubur, walaupun tidak dibina masjid, kecuali solat jenazah yang belum disolatkan.
Rujukan

مسند أحمد (12/ 314) (7358). فتح المجيد شرح كتاب التوحيد، لعبد الرحمن التميمي (1/ 434). القول المفيد على كتاب التوحيد، لمحمد بن عثيمين (1/ 434). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص178). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص194). التمهيد لشرح كتاب التوحيد، لصالح آل الشيخ (ص51). مشكاة المصابيح، للتبريزي (1/ 234).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com