Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قَالَ: قالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنَ المِسْكِ، وَكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلاَ يَظْمَأُ أَبَدًا».
Daripada Abdullah bin Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi, dan bekas-bekas minumannya seperti bintang-bintang di langit, sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga selama-lamanya."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ bersabda bahawa baginda mempunyai sebuah telaga pada hari kiamat, panjangnya perjalanan sebulan dan lebarnya juga demikian, dan bahawa airnya adalah lebih putih daripada susu, Dan bahawa baunya suci, lebih wangi daripada bau kasturi, Dan cerek-cereknya adalah seperti bintang-bintang di langit dari segi jumlahnya, Sesiapa yang meminum dari al-Haudh dengancerek-cerek tersebut, tidak akan dahaga selama-lamanya.

Faedah
  1. Telaga (Ḥawḍ) Nabi ﷺ adalah sebuah takungan air yang mulia, yang akan dikunjungi oleh orang-orang beriman dari kalangan umatnya pada hari kiamat.
  2. Nikmat yang diperoleh bagi sesiapa yang meminum dari al-Haud ialah dia tidak akan dahaga selama-lamanya.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 119) (6579)، صحيح مسلم (4/ 1793) (2292)، المفهم (6/91)، فتح الباري (11/472)، التنوير شرح الجامع الصغير (5/387)، فتح المنعم شرح صحيح مسلم (9/125).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Belief in the Last Day

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com