Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Significance and Status of the Sunnah

4 hadis

Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ».
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memerintahkan untuk menyampaikan ilmu daripada Baginda, sama ada daripada al-Quran atau sunnah, walaupun hanya sedikit seperti satu ayat al-Quran atau sepotong hadis, dengan syarat dia berilmu tentang apa yang disampaikan dan didakwahkannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa tidak mengapa menceritakan kisah-kisah daripada Bani Israel, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat kita. Kemudian baginda memberi amaran tentang berdusta atas nama baginda, bahawa sesiapa yang berdusta atas nama baginda dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempatnya di dalam neraka.

Faedah
  1. Galakan untuk menyampaikan syariat Allah, dan seseorang hendaklah menyampaikan apa yang dihafal dan difahami walaupun sedikit.
  2. Kewajipan menuntut ilmu syariat; agar dapat beribadah kepada Allah dan menyampaikan syariat-Nya secara sahih.
  3. Kewajipan memastikan kesahihan sebarang hadis sebelum menyampaikannya atau menyebarkannya, agar tidak termasuk ke dalam ancaman yang keras ini.
  4. Anjuran untuk jujur dalam percakapan dan berhati-hati dalam pertuturan, agar tidak terjerumus ke dalam dusta, khususnya dalam syariat Allah Azza wa Jalla.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 170) (3461). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (2/ 464). نزهة المتقين، لمصطفى الخن وغيره (2/ 951). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (5/ 429).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Ketahuilah, jangan-jangan akan ada seorang lelaki yang sampai kepadanya hadis daripadaku, sedang dia bersandar di atas kerusi empuknya, lalu berkata: “Pegangan antara kami dan kamu ialah Kitabullah

عن المقدام بن معدِيْكَرِب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «أَلَا هَلْ عَسَى رَجُلٌ يَبْلُغُهُ الْحَدِيثُ عَنِّي وَهُوَ مُتَّكِئٌ عَلَى أَرِيكَتِهِ فَيَقُولُ: بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُ اللهِ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَلَالًا اسْتَحْلَلْنَاهُ، وَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَرَامًا حَرَّمْنَاهُ، وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا حَرَّمَ اللهُ».
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: «Ketahuilah, jangan-jangan akan ada seorang lelaki yang sampai kepadanya hadis daripadaku, sedang dia bersandar di atas kerusi empuknya, lalu berkata: “Pegangan antara kami dan kamu ialah Kitabullah, apa sahaja yang kami dapati halal di dalamnya, kami halalkannya, dan apa sahaja yang kami dapati haram di dalamnya, kami haramkannya.” Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah ﷺ adalah sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah».
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa telah hampir suatu zaman yang mana akan ada segolongan manusia; salah seorang daripada mereka bersandar di atas hamparannya, lalu sampai kepadanya hadis daripada Nabi ﷺ, maka dia berkata: Yang menjadi pemutus antara kami dengan kamu dalam segala urusan ialah al-Quran al-Karim, maka ia sudah mencukupi bagi kami. Apa yang kami dapati halal di dalamnya, kami beramal dengannya, dan apa yang kami dapati haram di dalamnya, kami menjauhinya. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap perkara yang baginda haramkan atau larang dalam sunnahnya, maka hukumnya adalah sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya; kerana baginda ialah penyampai daripada Tuhannya.

Faedah
  1. Mengagungkan sunnah sebagaimana al-Quran diagungkan dan mengikutinya.
  2. Mentaati Rasul ialah mentaati Allah, dan menderhakai baginda ialah penderhakaan kepada Allah Taala.
  3. Pensabitan Kehujjahan al-Sunnah dan Sanggahan Terhadap Golongan yang Menolak Hadis-hadis atau Mengingkarinya.
  4. Sesiapa yang berpaling daripada Sunnah dan mendakwa cukup dengan al-Quran, maka dia telah menolak kedua-duanya sekali dan berdusta dalam dakwaan mengikuti al-Quran.
  5. Antara bukti kenabian Baginda ﷺ ialah baginda memberitahu tentang sesuatu yang bakal terjadi, dan ia berlaku tepat seperti yang dikhabarkan.
Rujukan

سنن أبي داود (7/ 13) (4604)، سنن الترمذي (4/ 399) (2664)، سنن ابن ماجه (1/ 9) (12)، نخب الأفكار في تنقيح مباني الأخبار في شرح معاني الآثار (13/ 154).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk

عن العِرْباضِ بن ساريةَ رضي الله عنه قال: قام فينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فوَعَظَنا مَوعظةً بليغةً وَجِلتْ منها القلوبُ، وذَرَفتْ منها العيونُ، فقيل: يا رسول الله، وعظتَنَا موعظةَ مُودِّعٍ فاعهد إلينا بعهد. فقال: «عليكم بتقوى الله، والسمع والطاعة، وإن عبدًا حبشيًّا، وسترون من بعدي اختلافًا شديدًا، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، عَضُّوا عليها بالنواجِذ، وإياكم والأمور المحدثات، فإن كل بدعة ضلالة».
Daripada al-‘Irbad bin Sariyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah berdiri di hadapan kami, lalu baginda menyampaikan suatu nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga hati menjadi takut dan mata menitiskan air mata. Lalu dikatakan: "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah. Oleh itu, berilah kami nasihat. Baginda bersabda: "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk; gigitlah ia dengan gigi geraham (pegang dengan teguh). Jauhilah perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat."
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.

Faedah
  1. Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
  2. Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
  3. Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
  4. Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
  5. Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
  6. Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
  7. Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
Rujukan

الأربعون النووية (ص: 89) (ح28)، سنن أبي داود (7/ 16) (4607)، سنن الترمذي (4/ 408) (2676)، سنن ابن ماجه (1/ 28) (42)، مسند أحمد (28/ 367) (17142)، تحفة الأحوذي (7/ 366)، عون المعبود وحاشية ابن القيم (12/ 235)، شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 278).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk,

عَنْ أَبِي نَجِيحٍ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ! كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ؛ فَأَوْصِنَا، قَالَ: «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ؛ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ».
Daripada Abu Najih, al-‘Irbadh bin Sāriyyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan nasihat yang begitu menyentuh hati, sehingga hati kami menjadi gementar dan berlinangan air mata. Kami berkata: ‘Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang mahu berpisah, maka nasihatilah kami.’ Baginda bersabda:” “Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah segala perkara yang diada-adakan, kerana setiap bidaah itu adalah sesat.”
رواه أبو داود والترمذيDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.

Faedah
  1. Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
  2. Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
  3. Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
  4. Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
  5. Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
  6. Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
  7. Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
Rujukan

الأربعون النووية (ص: 89) (ح28). سنن أبي داود (7/ 16) (4607). سنن الترمذي (4/ 408) (2676). سنن ابن ماجه (1/ 28) (42). مسند أحمد (28/ 367) (17142). تحفة الأحوذي (7/ 366). عون المعبود وحاشية ابن القيم (12/ 235). شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 278).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com