“Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.”
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ، مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ».
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.”
رواه النسائي وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memberitahu kita bahawa membersihkan gigi dengan kayu daripada pokok Arak dan seumpamanya menyucikan mulut daripada kotoran dan bau-bau yang tidak sedap, Ia juga adalah salah satu sebab Allah meredai hamba-Nya; kerana di dalamnya terkandung ketaatan kepada Allah dan kepatuhan terhadap perintah-Nya, serta kebersihan yang dicintai oleh Allah Taala.
Faedah
Keutamaan bersiwak, dan galakan Nabi ﷺ kepada umatnya untuk memperbanyakkannya.
Afdal bersiwak adalah dengan menggunakan kayu Arak, dan penggunaan berus gigi serta ubat gigi juga memadai.
Rujukan
سنن النسائي (1/ 10) (5).
مسند أحمد (40/ 240) (24203).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (2/ 342).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمصطفى الخِن وغيره (2/ 852).
تطريز رياض الصالحين، لفيصل آل مبارك (ص675).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com