Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'
عن جابر رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «أَفْضَلُ الذِّكْرِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ: الْحَمْدُ لِلهِ».
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'."
رواه الترمذي والنسائي في الكبرى وابن ماجهDarjatحسن
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan kepada kita bahawa sebaik-baik zikir ialah "La ilaha illallah" yang bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan sebaik-baik doa ialah "Alhamdulillah". Ia adalah pengakuan bahawa Pemberi nikmat ialah Allah Subhanahu, Yang berhak disifatkan dengan segala sifat yang sempurna dan indah.
Faedah
Anjuran untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah dengan kalimah tauhid, dan doa dengan tahmid.
Rujukan
سنن الترمذي (5/ 393) (3383).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمصطفى الخِن وغيره (2/ 984).
زاد المعاد في هدي خير العباد، ابن قيم الجوزية (1/ 36).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com