Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Segala perkara yang memabukkan adalah haram

عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ أَبِي مُوسَى الأَشْعَريِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَهُ إِلَى اليَمَنِ، فَسَأَلَهُ عَنْ أَشْرِبَةٍ تُصْنَعُ بِهَا، فَقَالَ: وَمَا هِيَ؟، قَالَ: «البِتْعُ وَالمِزْرُ»، فَقِيلَ لِأَبِي بُرْدَةَ: مَا البِتْعُ؟ قَالَ: نَبِيذُ العَسَلِ، وَالمِزْرُ: نَبِيذُ الشَّعِيرِ، فَقَالَ: «كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ» خرجه البخاري. وَخَرَّجَهُ مُسْلِمٌ وَلَفْظُهُ: قَالَ: بَعَثَنِي رَسُولُ اَلله أَنَا وَمُعَاذٌ إِلَى اَليَمَنِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولُ اَللَّهِ! إِنَّ شَرَابًا يُصْنَعُ بِأَرْضِنَا يُقَال لَهُ: المِزَرُ مِنَ الشَّعِيرِ، وَشَرَابٌ يُقَالُ لَهُ: البِتْعُ مِنَ العَسَلِ، فَقَالَ: «كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ». وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ: «فَقَالَ: كُلُّ مَا أَسْكَرَ عَنِ الصَّلَاةِ فَهُوَ حَرَامٌ». وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ: «وَكَانَ رَسُولُ الله قَدْ أُعْطِيَ جَوَامِعَ الكَلِمِ بِخَوَاتِمِهِ، فَقَالَ: أَنْهَى عَنْ كُلِّ مُسْكِرٍ أَسْكَرَ عَنْ الصَّلَاةِ».
Daripada Abu Burdah, daripada bapanya, Abu Musa al-Asy‘ari رضي الله عنه: Nabi ﷺ mengutusnya ke Yaman, lalu baginda bertanya kepadanya tentang minuman yang dibuat di sana, dengan berkata: “Apakah (minuman yang dibuat di sana)?” Dia menjawab: “Al-Bit‘ dan Al-Mizr.” Lalu ditanyakan kepada Abu Burdah: “Apakah Al-Bit‘?” Dia menjawab: “Arak madu,” dan Al-Mizr: “Arak barli.” Maka Nabi ﷺ bersabda: “Segala yang memabukkan adalah haram.” (HR. al-Bukhari) Diriwayatkan oleh Muslim, lafaznya: Beliau berkata; Nabi ﷺ mengutuskan aku dan Mu‘az ke Yaman. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, di tanah kami dibuat minuman yang disebut Al-Mizr daripada barli, dan minuman yang disebut Al-Bit‘ daripada madu.” Maka Baginda ﷺ bersabda: “Segala yang memabukkan adalah haram.” Dalam riwayat Muslim (yang lain): “Baginda bersabda: Segala yang memabukkan hingga menghalang seseorang daripada menunaikan solat, maka ia haram.” Dan dalam riwayatnya yang lain: “Rasulullah ﷺ dikurniakan tutur kata ringkas yang sarat dengan makna, maka baginda bersabda: Aku melarang segala yang memabukkan sehingga menghalang seseorang daripada menunaikan solat.”
رواه البخاري ومسلمDarjatصحيح
Huraian

Abu Musa al-Asy‘ari رضي الله عنه menceritakan bahawa Nabi ﷺ menghantarnya ke Yaman. Di sana, beliau ditanya tentang minuman yang dibuat di situ sama ada ia haram atau tidak, lalu Nabi ﷺ menanyakan kepadanya mengenai hal itu untuk mendapatkan penjelasan. Lalu Abu Musa رضي الله عنه menjawab: “Ia adalah al-Bat‘: Arak daripada madu, dan al-Mazar: Arak daripada barli.” Lalu Nabi ﷺ bersabda, dan baginda dikurniakan ucapan yang merangkumi segala hukum: “Segala yang memabukkan adalah haram.”

Faedah
  1. Nabīdh ialah air yang dicampurkan dengan kurma, madu, barli atau seumpamanya. Ia mengambil rasa dan manis daripada bahan tersebut, dan kadang-kadang boleh melalui proses penapaian sehingga menjadi memabukkan.
  2. Hadis ini menjadi asas dalam pengharaman semua jenis bahan memabukkan seperti arak, ganja, dan lain-lain.
  3. Kepentingan bertanya mengenai perkara yang diperlukan oleh seorang Muslim.
  4. Perkara pertama yang diharamkan berkaitan arak ialah ketika masuk waktu solat, apabila sebahagian Muhajirin menunaikan solat mereka dan membaca al-Quran dalam solat, tetapi bacaan mereka bercampur dan keliru. Maka turunlah ayat Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan.” [Surah al-Nisa’: 43] Ketika itu, penyampai panggilan solat (mu’azzin) Rasulullah ﷺ menyeru: “Jangan mendekati solat dalam keadaan mabuk.” Kemudian Allah mengharamkannya secara mutlak melalui firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan undi nasib menggunakan batang anak panah adalah keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah ia agar kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu hanya ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu melalui arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengingati Allah dan menunaikan solat. Maka, adakah kamu akan berhenti?” [Surah al-Ma’idah: 90-91]
  5. Allah سبحانه وتعالى mengharamkan arak kerana ia mengandungi kemudaratan dan kemungkaran yang besar.
  6. Pengajaran daripada pengharaman ini ialah wujud sifat memabukkan. Sekiranya sesuatu minuman mempunyai sifat memabukkan maka ia diharamkan. Namun, jika ia tidak memabukkan, maka ia dibenarkan.
Rujukan

صحيح البخاري (7/ 104) (5575). صحيح مسلم (3/ 1587) (2003). منحة العلام في شرح بلوغ المرام، لعبد الله الفوزان (8/ 519). فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام، لابن عثيمين (5/ 418). توضِيحُ الأحكَامِ مِن بُلوُغ المَرَام، للبسام (6/ 307). معالم السنن، وهو شرح سنن أبي داود، للخطابي (4/ 264). الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني، للساعاتي (16/ 116). فيض القدير شرح الجامع الصغير، للمناوي (5/ 30). مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، لعلي القاري (6/ 2382).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Forbidden Drinks

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com