Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Muslim Society

1 hadis

Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ، وَلَكِنِ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا».
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia yang sempurna dalam menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabat bukanlah orang yang membalas kebaikan dengan kebaikan, Bahkan, penyambung silaturrahim yang hakiki dan sempurna ialah orang yang menyambung kembali hubungan yang telah diputuskan; dan sekalipun mereka berbuat jahat kepadanya, dia tetap membalas mereka dengan kebaikan.

Faedah
  1. Silaturahim yang diiktiraf menurut syarak adalah dengan menyambung hubungan dengan orang yang memutuskannya daripadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, dan memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan bukanlah silaturahim yang bersifat saling membalas.
  2. Menyambung silaturahim adalah dengan menyampaikan kebaikan seperti harta, doa, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan yang seumpamanya, serta menolak keburukan daripada mereka, sekadar yang termampu.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 6) (5991). منار القاري شرح مختصر صحيح البخاري، لحمزة محمد قاسم (5/ 242). بهجة الناظرين، لسليم الهلالي (1/ 397). نزهة المتقين، لمصطفى الخن وغيره (1/ 311). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (3/ 190).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com