mereka biasa belajar sepuluh ayat daripada Rasulullah ﷺ, lalu mereka tidak akan mengambil sepuluh ayat yang lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمي رحمه الله قَالَ: حَدَّثَنَا مَنْ كَانَ يُقْرِئُنَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقْتَرِئُونَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ آيَاتٍ، فَلَا يَأْخُذُونَ فِي الْعَشْرِ الْأُخْرَى حَتَّى يَعْلَمُوا مَا فِي هَذِهِ مِنَ الْعِلْمِ وَالْعَمَلِ، قَالُوا: فَعَلِمْنَا الْعِلْمَ وَالْعَمَلَ.
Daripada Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami رحمه الله, beliau berkata: Seseorang dalam kalangan para Sahabat Nabi ﷺ yang mengajar kami al-Quran menyampaikan kepada kami, bahawa mereka biasa belajar sepuluh ayat daripada Rasulullah ﷺ, lalu mereka tidak akan mengambil sepuluh ayat yang lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya. Mereka berkata: "Maka kami pun mempelajari ilmu dan amalan (secara serentak)."
رواه أحمدDarjatحسن
Huraian
Para sahabat رضي الله عنهم menerima sepuluh ayat al-Quran daripada Rasulullah ﷺ, dan tidak akan beralih kepada ayat-ayat lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu yang terkandung di dalamnya dan mengamalkannya. Maka, mereka mempelajari ilmu dan amal secara serentak.
Faedah
- Kemuliaan para sahabat رضي الله عنهم dan kesungguhan mereka untuk mempelajari al-Quran.
- Mempelajari al-Quran adalah dengan mengetahui dan mengamalkan kandungannya, bukan dengan membacanya dan menghafaznya semata-mata.
- Ilmu adalah sebelum perkataan dan perbuatan.
Rujukan
مسند أحمد (38/ 466) (23482).